MINUMAN DETOKS INI BAIK TERUTAMANYA UNTUK LELAKI PEROKOK



Beruntunglah jika suami anda yang sebelum ini merupakan perokok dan kini telah pun berjaya berhenti merokok.  Memandangkan bukan mudah sebenarnya seorang perokok untuk berbuat demikian.  Tambahan pula, ketagihan nikotin adalah menjadi faktor utama usaha untuk berhenti menjadi sukar .

Pun begitu walaupun telah berhenti merokok,  kehadiran nikotin dalam badan sudah terlalu lama. Ini secara tidak langsung telah memberi kesan negatif di bahagian paru-paru.  Oleh itu  adalah penting untuk anda membantu membersihkan paru-paru En. suami dengan minuman detoks ini. Disarankan untuk mengambil dua sudu minuman detoks ini setiap hari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Bahan-bahan:
2 sudu besar serbuk kunyit
400 gram bawang besar
1 inci halia
400 gram sirap mapel
1 liter air

Caranya:

1. Gaul sebati sirap mapel dan air, kemudian panaskan sehingga mendidih
2. Cincang bawang dan halia - masukkan ke dalam air tadi
3. Perlahankan api dan masukkan serbuk kunyit - biar didih
4. Tunggu sehingga hampir separuh campuran tadi tersejat sebelum matikan api
5. Tapis air campuran itu ke dalam cawan
6. Tunggu sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Sumber: keluarga.my

No comments